BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

18 November 2009

Cabaran Buat Hamba

                             Bukan mudah jadi hamba
                                                      
                           Dugaan datang segenap arah               

                                                     
                          Menguji kekuatan iman di hati
                                           
                 Andai tiada waspada tersungkur jatuh sendiri
                                                     
                          Namun Dia Maha Memahami
                                                                                     
                       Memberi cahaya pada yang mencari
                                             
                    Menerangi kehidupan insani yang kian mati       

12 November 2009

program lepas exam!!

Assalamualaikum...
Final year exam dah melabuhkan tirainye.So, ape lagi...aku pon ligat b'fikir program lepas pekse.Dan sudah semestinye mencari buku yg bagus utk di bce.Aku dah beli 2 buah buku iaitu TERASING & SYABAB MUSAFIR KASIH.Tapi rse mcm x cukup je 2 buah buku.Lalu, aku menambah sebuah novel sejarah karya Faisal Tehrani tajuknye SAASATUL IBAAD.Buku nie aku pinjam drpd pak cik aku.Sehingga ke saat ini 2 buah buku yg aku beli tu dah habis di bce.Kedua-duanya sgt bagus!!dan aku xmenyesal m'bcenye dari kulit ke kulit terutamanye SYABAB MUSAFIR KASIH.Buku ni aku beli sbb aku suke penulisnye dan aku percaya aku xkn rugi bile bli buku hasil tulisan penulis yg b'nama Fatimah Syarha Mohd. Nordin.Bile bce buku ni rse mcm bce sebuah buku agama.Seperti karyanye yg sebelum ni iaitu TAUTAN HATI,buku ni juga sarat dgn pengetahuan agama.Aku b'harap sgt dpt beri kawan-kawan aku bce buku ni.Tapi masalahnye xde sorang pon kawan aku yg minat bce novel sbb bagi dorg novel Melayu xbagus dan banyak sgt pasal cinta.Memang aku x nafikan novel-novel yg ade dipasaran kebanyaknnye mengangkt tema percintaan.Tapi bidang penulisan novel genre keislaman di Malaysia sudah semakin b'kembang.Jika Indonesia boleh b'bangga dgn Habiburrahman El-Shirazy ,aku rse Malaysia patut b'bangga dgn Fatimah Syarha,Hilal Asyraf dan Ramlee Awang Murshid.

10 November 2009

Sayangnya Allah pada hambaNya

'Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak' (Hadis Qudsi)

04 November 2009

Tiket perjalanan percuma


Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet bumi

Maklumat tentang perjalanan

Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah

Syarat-syarat perjalanan

Di tuju kepada semua penumpang.

Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.

Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

Barang yang di benarkan


1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :

• amal solah
• sedekah jariah
• anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
• ilmu yang bermanfaat

Perhatian muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.

Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.

Saat dan waktu berlepas


Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.

Diulang...

Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.

Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI:


“Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirikan ALLAH dengan sesuatu."
*dipetik dari iluvislam