BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

20 December 2010

NO idea!!


Assalamualaikum...

Entry kali ini hanyalah sebagai memenuhi syarat sah ade blog.Hmmm..banyak perkara sebenarnya nak diperkatakan.Tapi bila dah ade dekat depan skrin ni tak tahu macam mana nak mengeluarkan idea ni dalam bentuk perkataan.Ya,itulah kelemahan aku.Harap mereka-mereka yang setia mengikuti blog ni (jika ada) sabar menunggu entry saya yang akan datang.Moga-moga pada saat itu aku dah tak kaku lagi di depan skrin.

10 December 2010

Bermulanya cuti yang panjang




Assalamualaikum...
SPM tamat!!Suatu perkara yang sangat di tunggu-tunggu
oleh semua pelajar tingkatan 5.Maka, bermula lah cuti yang sangat
panjang.Nak buat ape, ye??Bagi penggemar buku macam aku ni
apalagi yang lebih memuaskan daripada menghadam buku.Jadi,aku dah
beli dua buah buku baru iaitu Syahadah Gadis Ateis dan Rayyan
Fantasi.Tambahan,buku Lasykar Pelangi pon belum habis baca walaupun
dah berada lama dalam simpananku.Antara rancangan
untuk cuti ni ialah :


~ ambil lesen kereta
~ belajar memasak
~ baca, baca, dan baca buku

Harap-harap dapat menjalani cuti ni dengan sebaik mungkin.
Insyaallah.

04 June 2010

Cinta Sufi

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dapat juga lepaskan gian untuk menulis di blog ini setelah sekian lama 'menyepikan diri'.Dalam tempoh 'kuarantin'ini, sempat juga menghabiskan beberapa buah buku baru.Antaranya,Denyut Kasih Medik dan Cinta Sufi.Tapi kali ini,aku nak kongsi berkenaan buku Cinta Sufi.Buat semua yang pernah membaca buku Trilogi Bagaikan Puteri pastinya menantikan buah tangan terbaru daripada penulis triller No. 1 Malaysia ini.Siapalagi kalau bukan Ramlee Awang Murshid.
Tiada kata-kata dapat diungkapkan betapa setelah selesai menghabiskan pembacaan sampai ke muka surat terakhir , penulis begitu bijak mengatur jalan cerita dan memberi kepuasan yang maksima kepada pembaca.
Novel ini adalah kesinambungan daripada novel Hijab Sang Pencinta yang mengisahkan perjalanan hidup Laksamana Sunan setelah kembali semula ke zamannya.Laksamana itu kembali dengan segala kudratnya telah hilang dek kerana telah menjelajah ke masa hadapan.Bertemu pula dia dengan seorang wanita bangsawan dari Portugis bernama Catalina yang belayar ke Tanah Melayu untuk mencari 'lelaki bertanduk dua' yang akan menemukannya dengan 'Mariam'.
Sungguh, novel ini berjaya mengubat rindu pembaca terhadap Sunan.Lelaki berduka dari tanah Rencong itu digambarkan mempunyai keimanan dan ketaqwaan yang sangat hebat kepada Penciptanya.Bait-bait katanya penuh dengan hikmah dan nasihat yang bisa sahaja menyedarkan pembaca.Lantas, novel ini begitu berbaloi untuk dimiliki.






'Sebagai manusia aku sayang padamu'

15 March 2010

Belum ku temui Seindah Mawar Berduri

'Seindah Mawar Berduri' begitulah judulnya sebuah novel karya Fatimah Syarha Mohd.Nordin yang merupakan novelis kegemaranku.Novel ini telah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan pada tahun 2006.Sejak aku mengenali penulis ini menerusi sebuah lagi bukunya, Tautan Hati, aku terus terpaut pada gaya penulisannya.Cara dia mendekati jiwa remaja dengan roh-roh islami sangat terkesan dijiwaku.Buku terbarunya iaitu Syabab Musafir Kasih telah berjaya aku miliki penghujung tahun lalu.Namun,yang satu ini belum berjaya ku temukan di mana-mana kedai buku hatta di perpustakaan sekolah juga.Sudah lama aku mencari tapi hasilnya tetap sama.Bukan putus asa tetapi kesal kerana buku yang bagus yang berkualiti tidak diketengahkan oleh mana-mana pihak.Akhir kalam,semoga kita semua berjaya menjadi 'seindah mawar berduri'.

13 February 2010

Open your Eyes

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah

Lagu ni sangat menenangkan..

dugaan.....,ujian.........,cabaran

Assalamualaikum..,sudah lama tak berceloteh di blog yang
usang ni.Sebenarnya, kehidupan form 5 ni terlalu menyesakkan
sampai sukar rasanya nak bernafas.Banyak kerja yang tergendala
gara-gara tanggungjawab yang diamanahkan di sekolah.Jadual harian pon
terjejas teruk.Hari-hari kena balik pukul 6 petang kerana tiada
kenderaan untuk balik.Penatnya jangan di kira.Semuanya sebab kawad
Puteri Islam.Akibatnya,mood aku pon selalu terganggu.Nasib baik
sukan dah berakhir.Aku sedar semua ni ujian Allah untuk aku.Aku wajib
menerimanya dengan redha kerana aku adalah hambaNya.



Sejak akhir-akhir ni aku mudah sangat terasa hati oleh
perkara-perkara yang tidak sepatutnya.Ya ALLAH....,ape kena
dengan aku ni?????
Sesungguhnya,aku tak mahu gagal dalam ujian Mu ini.Kerana,
aku sedar setiap ujian yang datang itu diberi mengikut
kemampuan hambaMu.

04 January 2010

Happy 17th birthday!!

assalamualaikum....

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



nak ucap happy 17th birthday

untuk diri sendiri....

macam tak percaya dah 17 tahun.

tahun ni spm!!!

aku harap sesuai dgn pertambahan usiaku hari ni:

~ aku menjadi lebih matang

~ amal juga semakin bertambah

~ berusaha untuk dapat 9A SPM

~ jadi anak yang sentiasa mengembirakan mak dan ayah

Ketahuilah mak dan ayah,Ya tak pernah lupa pada janji yang di lafaz suatu ketika dahulu.Ya akan berusaha sekuat mungkin untuk menepatinya.Satu pintaku iringilah langkah hidup ku dengan doa kalian berdua.Maka,itulah hadiah paling berharga untukku.



*Terima kasih buat kawan-kawan kerana mengingati ulangtahunku.
To my best friend,you meant so much for me!!Tak perlu hadiah yang mahal..
tak perlu hadiah yang besar..kerna semua itu tidak aku perlukan.Cukuplah sekadar menjadi kawan ku yang setia..yang sentiasa bersamaku kala susah dan senang..yang sentiasa mendoakanku.