BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

24 February 2011

Kelemahan diriku, Kelebihan dirimu

Assalamualaikum.....

Nampaknya blog ini sudah semak dengan sawang.Maaflah kerana sungguh lama aku menyepi dek kerana jari-jemari ini terasa berat sekali untuk menekan papan kekunci lantaran kekeringan input di kepala dan ceteknya ilmu di dada.

''Tiada manusia yang sempurna''.Aku percaya semua orang pernah mendengar bait kata- kata ini dan mengakui kebenarannya.Tidak kurang juga ada yang menjadikannya sebagai kredit untuk melakukan kesalahan.Namun pada pendapat aku,setiap manusia mempunyai kekurangan mahupun kelebihan masing-masing sama ada dari segi fizikal,sosial,ekonomi,emosi dan yang sewaktu dengannya.Terpulanglah pada individu itu sendiri bagaimana mahu mengatasi kekurangan dan menggunakan kelebihan yang dimiliki untuk kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

Lantas,di sinilah letaknya keperluan menilai dan melihat kelebihan atau kebaikan yang ada pada diri orang lain untuk membaiki kelemahan diri.Insyaallah kita akan mendapat hasil yang positif apabila kita kuat bermujahadah dan istiqamah dalam melaksanakannya.Kita tidak akan sempurna tetapi sekurang-kurangnya kita tidak jauh dari kesempurnaan.






Untuk aku dan kamu : Mujahadah melawan nafsu itu payah, namun hasilnya indah.