BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

28 December 2009

Jatuh cinta pada ????

assalamualaikum...
akhirnye...aku jatuh cinta.......
pada sape???hahaha..sape lg......
kalo bkn Gu Jun Pyo...
rsenye aku kne b'saing dgn ramai org
t'masuklah dgn yg ade kt rmh nih.
disebabkn tahun depan aku spm
n irah pmr..so,rsenye mmg xdpt tengok
last episode BOYS OVER FLOWERS (BOF).
jadi ktorng b'pakat la nak beli dvd BOF
ble dah bkak sekolah nti..almaklumlah
cuti sekolah xde duit belanja.
tup.tup. ayah ckp nak pegi JJ
sbb nak bli brg akak aku
ktorg cdang nak tgok harga DVD tu.
oleh sebab xsabar sgt nak tgok cite tu..
ktorg pon b'manis mulut la dgn ayah.
sebab ayh mcm xbagi nak beli dvd tu.
so,aku ckp nti ktorg byar separuh balik kt ayah.
nasib baik ayah setuju...
akhirnye dapat la DVD BOF tu..
DVD Korea pertama...... dan terakhir kot.........???





tpi cte tu mmg BEST!!!!!!!!!!!!!!!!
Gu Jun Pyo..Geum Jan Di..Yoon Ji Hoo..Soon Yi Jeong..Song Woo Bin

9 Nyawa

assalamualaikum...
9 Nyawa..,itulah tajuk novel yg aku bru bace
novel ni karya t'baru favourite author aku
sape lg kalo bkn Ramlee Awang Murshid.
mse nak beli novel nie kt mph...
tinggal satu je..itu pon dah teruk sikit
dalam erti kata lain x mcm buku baru la.
nasib baik de sorang pekerja tu..
die ckp stok baru smpai next week
kalo nak order die boleh tlong.
tapi,aku bkn slalu pegi ipoh tu.
dan dlm hati tu mmg nak sgt buku tu.
so,kakak cina tu ckp die boleh bg 10% diskaun.
ibarat orang tidur di sarungkan bantal..
aku pon setuju la..hahahaha



aku dpt tau Ramlee Awang Murshid akn buat smbungan trilogi Bagaikan Puteri....fuhhh....xsabar rsenye nak bace pasal Sunan.

05 December 2009

Solat Jumaat

Assalamualaikum,
Sudah sekian lama aku tidak mencoretkan sesuatu dalam blog ni.Sebelum ni aku hanya meletakkan dua puisi yang aku sendiri karangi kerna kekeringan idea untuk menulis.Tapi hari ini aku ingin menyampaikan kegusaranku terhadap remaja lelaki yang pastinya beragama Islam.Semalam aku sekeluarga pergi ke Lumut kerana mengikuti Hari Keluarga yang dianjurkan oleh pejabat emak (JKR PERAK).Kami b'tolak dalam pukul 12.20 tengahari.Nak dijadikan cerita, ktorg berhenti di sebuah masjid dekat Bota sebab ayah ngan adik lelaki aku nak solat jumaat.Jadi,ktorg yang lain ni tunggu la dalam kereta.Masa tengah tunggu tu macam-macam perkara yang aku nampak.Pertama, waktu imam baca khutbah,ramai anak muda yang masih b'sembang (buat khutbah sendiri) dan hisap rokok di bawah pokok di luar kawasan masjid.Di satu sudut yang lain pula,ade pakcik-pakcik yang turut melakukan perkara yang sama.Bila dah iqamat baru la terhegeh-hegeh masuk masjid.Kedua, dah la masuk lmbt,ade pulak yang baru nak ambil wuduk.Ketiga,masa orang tengah solat ade dua orang remaja baru datang.Tapi waktu tu imam bagi salam.Diorg pon ape lagi,tak sempat matikan enjin motor terus pecut balik rumah.Akhir sekali,waktu baca doa.Selepas selesai imam bagi salam,ramai jemaah yang keluar.Maka,yang tinggal dalam masjid ade la beberapa kerat.

Sebagai seorang wanita Islam,aku rasa sangat kecewa sebab mereka terlalu mengambil mudah akan perkara wajib seperti solat jumaat.Aku harap tulisan ini dapat menyedarkan mereka yang leka.Sama-samalah kita perbaiki diri.


Sekian,wassalam.

03 December 2009

Janji dengan Tuhan

Janji itu azimat kehidupan

Dilafaz semua yang bernyawa

Sebelum roh masuk ke jiwa

Sebelum jasad lahir ke dunia

Melupakannya dilakukan hampir semua

Kerna lena dibuai indahnya dunia

Hanya segelintir masih teguh

Berpaut pada janji keramat

Bermunajat di malam pekat

Sendu tangis memohon rahmat

Agar diberi kekuatan semangat

Untuk melayari bahtera akhirat.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini