BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

04 June 2010

Cinta Sufi

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dapat juga lepaskan gian untuk menulis di blog ini setelah sekian lama 'menyepikan diri'.Dalam tempoh 'kuarantin'ini, sempat juga menghabiskan beberapa buah buku baru.Antaranya,Denyut Kasih Medik dan Cinta Sufi.Tapi kali ini,aku nak kongsi berkenaan buku Cinta Sufi.Buat semua yang pernah membaca buku Trilogi Bagaikan Puteri pastinya menantikan buah tangan terbaru daripada penulis triller No. 1 Malaysia ini.Siapalagi kalau bukan Ramlee Awang Murshid.
Tiada kata-kata dapat diungkapkan betapa setelah selesai menghabiskan pembacaan sampai ke muka surat terakhir , penulis begitu bijak mengatur jalan cerita dan memberi kepuasan yang maksima kepada pembaca.
Novel ini adalah kesinambungan daripada novel Hijab Sang Pencinta yang mengisahkan perjalanan hidup Laksamana Sunan setelah kembali semula ke zamannya.Laksamana itu kembali dengan segala kudratnya telah hilang dek kerana telah menjelajah ke masa hadapan.Bertemu pula dia dengan seorang wanita bangsawan dari Portugis bernama Catalina yang belayar ke Tanah Melayu untuk mencari 'lelaki bertanduk dua' yang akan menemukannya dengan 'Mariam'.
Sungguh, novel ini berjaya mengubat rindu pembaca terhadap Sunan.Lelaki berduka dari tanah Rencong itu digambarkan mempunyai keimanan dan ketaqwaan yang sangat hebat kepada Penciptanya.Bait-bait katanya penuh dengan hikmah dan nasihat yang bisa sahaja menyedarkan pembaca.Lantas, novel ini begitu berbaloi untuk dimiliki.






'Sebagai manusia aku sayang padamu'