BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

08 May 2011

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah

Assalamualaikum...



Tiada kata yang mampu dilafazkan pada saat Allah yang Maha Pemurah memberikan rezeki yang luas bagi aku untuk menuntut ilmu.

1.Interview untuk SPA yang dijadualkan pada 11/5 ni.
2.Tawaran kemasukan ke program matrikulasi di kampus Gopeng,Perak.
3.Tawaran kemasukan ke UITM Perlis bagi program Dip.in Banking.

Insyaallah lepas ni aku akan jadi warga Arau kerana aku telah memilih yang no.3 sebagai pilihan muktamad.Mungkin ada yang naik hairan kenapa aku pilih Banking sedangkan aku tidak mengambil subjek Perakaunan atau Ekonomi Asas dalam SPM.Kemusyikilan mereka memang berasas.Keputusan ini dibuat setelah aku mengambil kira skor bagi tiga subjek adik-beradik sains dalam SPM aku memang tak memungkinkan aku untuk pergi jauh dalam bidang sains.Jadi,aku ambil keputusan untuk tukar aliran.


Pastinya banyak benda baru yang akan dan perlu aku belajar nanti.Dugaan dan cabaran juga pasti tak kurang.Buat masa sekarang aku hanya mahu bersangka baik dan mempersiapkan diri dengan sebaik mungkin.Almaklumlah,jauh nak merantau ni.






Untuk aku dan kamu :Walauapapun keputusan yang telah diambil hanya satu saja yang semua orang kena INGAT dan BUAT iaitu Do your BEST and Let Allah do the REST!

24 March 2011

Allah know what BEST for you!!

Assalamualaikum....


Semua sedia maklum yang keputusn SPM 2010 dah pun keluar.Aku antara ribuan orang yang pergi mengambil keputusan.Alhamdulillah...keputusan aku OK.Tipulah kalau aku cakap aku tak sedih tapi bila aku fikir balik Allah yang Maha Adil dah makbulkan doa aku dengan memberi kejayaan kepada kawan-kawan aku.Aku tumpang gembira untuk mereka.


Kita sebagai hamba Allah berdoa memohon apa yang kita mahu tapi Allah yang Maha Mengetahui memberi apa yang kita perlu.Aku percaya keputusan sebegitulah yang aku perlukan untuk kembali menemui diri aku yang dah lama sangat hilang sejak aku tinggalkan zaman sekolah rendah.Itulah cara Allah menyedarkan aku.Terima kasih Allah!!


Pengajaran daripada keputusan SPM aku ialah :

1.Jangan sekali - kali menyerah kalah sebelum mencuba.
2.Yakin pada diri sendiri bahawa anda akan berjaya mengharungi setiap cabaran/
dugaan/halangan/ujian yang anda terima.
3.If you are not giving your 100 percents in everything you do,you will get nothing!



Untuk aku dan kamu : Carilah kegembiran dalam kesedihan yang kita lalui.Insyaallah
kita akan menjadi lebih bersyukur di atas segala nikmat yang
kita perolehi.

24 February 2011

Kelemahan diriku, Kelebihan dirimu

Assalamualaikum.....

Nampaknya blog ini sudah semak dengan sawang.Maaflah kerana sungguh lama aku menyepi dek kerana jari-jemari ini terasa berat sekali untuk menekan papan kekunci lantaran kekeringan input di kepala dan ceteknya ilmu di dada.

''Tiada manusia yang sempurna''.Aku percaya semua orang pernah mendengar bait kata- kata ini dan mengakui kebenarannya.Tidak kurang juga ada yang menjadikannya sebagai kredit untuk melakukan kesalahan.Namun pada pendapat aku,setiap manusia mempunyai kekurangan mahupun kelebihan masing-masing sama ada dari segi fizikal,sosial,ekonomi,emosi dan yang sewaktu dengannya.Terpulanglah pada individu itu sendiri bagaimana mahu mengatasi kekurangan dan menggunakan kelebihan yang dimiliki untuk kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

Lantas,di sinilah letaknya keperluan menilai dan melihat kelebihan atau kebaikan yang ada pada diri orang lain untuk membaiki kelemahan diri.Insyaallah kita akan mendapat hasil yang positif apabila kita kuat bermujahadah dan istiqamah dalam melaksanakannya.Kita tidak akan sempurna tetapi sekurang-kurangnya kita tidak jauh dari kesempurnaan.






Untuk aku dan kamu : Mujahadah melawan nafsu itu payah, namun hasilnya indah.

20 December 2010

NO idea!!


Assalamualaikum...

Entry kali ini hanyalah sebagai memenuhi syarat sah ade blog.Hmmm..banyak perkara sebenarnya nak diperkatakan.Tapi bila dah ade dekat depan skrin ni tak tahu macam mana nak mengeluarkan idea ni dalam bentuk perkataan.Ya,itulah kelemahan aku.Harap mereka-mereka yang setia mengikuti blog ni (jika ada) sabar menunggu entry saya yang akan datang.Moga-moga pada saat itu aku dah tak kaku lagi di depan skrin.

10 December 2010

Bermulanya cuti yang panjang




Assalamualaikum...
SPM tamat!!Suatu perkara yang sangat di tunggu-tunggu
oleh semua pelajar tingkatan 5.Maka, bermula lah cuti yang sangat
panjang.Nak buat ape, ye??Bagi penggemar buku macam aku ni
apalagi yang lebih memuaskan daripada menghadam buku.Jadi,aku dah
beli dua buah buku baru iaitu Syahadah Gadis Ateis dan Rayyan
Fantasi.Tambahan,buku Lasykar Pelangi pon belum habis baca walaupun
dah berada lama dalam simpananku.Antara rancangan
untuk cuti ni ialah :


~ ambil lesen kereta
~ belajar memasak
~ baca, baca, dan baca buku

Harap-harap dapat menjalani cuti ni dengan sebaik mungkin.
Insyaallah.

04 June 2010

Cinta Sufi

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dapat juga lepaskan gian untuk menulis di blog ini setelah sekian lama 'menyepikan diri'.Dalam tempoh 'kuarantin'ini, sempat juga menghabiskan beberapa buah buku baru.Antaranya,Denyut Kasih Medik dan Cinta Sufi.Tapi kali ini,aku nak kongsi berkenaan buku Cinta Sufi.Buat semua yang pernah membaca buku Trilogi Bagaikan Puteri pastinya menantikan buah tangan terbaru daripada penulis triller No. 1 Malaysia ini.Siapalagi kalau bukan Ramlee Awang Murshid.
Tiada kata-kata dapat diungkapkan betapa setelah selesai menghabiskan pembacaan sampai ke muka surat terakhir , penulis begitu bijak mengatur jalan cerita dan memberi kepuasan yang maksima kepada pembaca.
Novel ini adalah kesinambungan daripada novel Hijab Sang Pencinta yang mengisahkan perjalanan hidup Laksamana Sunan setelah kembali semula ke zamannya.Laksamana itu kembali dengan segala kudratnya telah hilang dek kerana telah menjelajah ke masa hadapan.Bertemu pula dia dengan seorang wanita bangsawan dari Portugis bernama Catalina yang belayar ke Tanah Melayu untuk mencari 'lelaki bertanduk dua' yang akan menemukannya dengan 'Mariam'.
Sungguh, novel ini berjaya mengubat rindu pembaca terhadap Sunan.Lelaki berduka dari tanah Rencong itu digambarkan mempunyai keimanan dan ketaqwaan yang sangat hebat kepada Penciptanya.Bait-bait katanya penuh dengan hikmah dan nasihat yang bisa sahaja menyedarkan pembaca.Lantas, novel ini begitu berbaloi untuk dimiliki.






'Sebagai manusia aku sayang padamu'

15 March 2010

Belum ku temui Seindah Mawar Berduri

'Seindah Mawar Berduri' begitulah judulnya sebuah novel karya Fatimah Syarha Mohd.Nordin yang merupakan novelis kegemaranku.Novel ini telah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan pada tahun 2006.Sejak aku mengenali penulis ini menerusi sebuah lagi bukunya, Tautan Hati, aku terus terpaut pada gaya penulisannya.Cara dia mendekati jiwa remaja dengan roh-roh islami sangat terkesan dijiwaku.Buku terbarunya iaitu Syabab Musafir Kasih telah berjaya aku miliki penghujung tahun lalu.Namun,yang satu ini belum berjaya ku temukan di mana-mana kedai buku hatta di perpustakaan sekolah juga.Sudah lama aku mencari tapi hasilnya tetap sama.Bukan putus asa tetapi kesal kerana buku yang bagus yang berkualiti tidak diketengahkan oleh mana-mana pihak.Akhir kalam,semoga kita semua berjaya menjadi 'seindah mawar berduri'.