BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

18 July 2009

Murahnya Airmata

Nie adlah salah satu karya ana mse kt SABDA:

Mengalirnya air mata tak pernah surut,
Hadirnya tika sendirian,
Menjadi bahasa pabila mulut enggan bicara,
Menjadi penenang resah di jiwa.

Murahnya air mata yang mengalir,
Hanya kerana masalah dunia sementara,
Yang hanya menyesakkan jiwa,
Dan merungsingkan kepala.

Mengapa perlu menangisi ujian yang tiba,
Mengapa perlu kecewa kerana manusia,
Ingatlah Allah wahai manusia,
Yang sentiasa jaga tidak lena.

Hanya Dia sebaik tempat mengadu,
Selayaknya airmata itu kerna dosa,
Bukan kerana ciptaanNya yang sementara,
Akhirat jua kekal selamanya.

Berhentilah menangis hai manusia,
Kerna akan menambah hitam di jiwa,
Mohon padaNya yang Maha Esa,
InsyaAllah syurga ganjaran pahala.

Smoge kte di beri kekuatan utk menjalani ujian kehidupan.Kerana ujian Allah adlah tanda sayangnye Allah pd kte.

1 comment: