BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

15 March 2010

Belum ku temui Seindah Mawar Berduri

'Seindah Mawar Berduri' begitulah judulnya sebuah novel karya Fatimah Syarha Mohd.Nordin yang merupakan novelis kegemaranku.Novel ini telah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan pada tahun 2006.Sejak aku mengenali penulis ini menerusi sebuah lagi bukunya, Tautan Hati, aku terus terpaut pada gaya penulisannya.Cara dia mendekati jiwa remaja dengan roh-roh islami sangat terkesan dijiwaku.Buku terbarunya iaitu Syabab Musafir Kasih telah berjaya aku miliki penghujung tahun lalu.Namun,yang satu ini belum berjaya ku temukan di mana-mana kedai buku hatta di perpustakaan sekolah juga.Sudah lama aku mencari tapi hasilnya tetap sama.Bukan putus asa tetapi kesal kerana buku yang bagus yang berkualiti tidak diketengahkan oleh mana-mana pihak.Akhir kalam,semoga kita semua berjaya menjadi 'seindah mawar berduri'.

2 comments:

  1. salam cik,

    mencari 'seindah mawar berduri' kah?

    mungkin boleh singgah ke pondok sy. ensha Allah, jika cik nak, ada sebuah untuk cik.

    smoga slalu dalam perlindungan n rohmat Allah.

    ReplyDelete
  2. salam cik,

    ada sebuah.jika cik mahu, boleh ke pondok sy, di situ ada no henset sy.cik boleh sms kan nama penuh n alamat lengkap. maklumat selanjutnya akan sy maklumkan (sms) kemudian.

    ReplyDelete