BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

05 December 2009

Solat Jumaat

Assalamualaikum,
Sudah sekian lama aku tidak mencoretkan sesuatu dalam blog ni.Sebelum ni aku hanya meletakkan dua puisi yang aku sendiri karangi kerna kekeringan idea untuk menulis.Tapi hari ini aku ingin menyampaikan kegusaranku terhadap remaja lelaki yang pastinya beragama Islam.Semalam aku sekeluarga pergi ke Lumut kerana mengikuti Hari Keluarga yang dianjurkan oleh pejabat emak (JKR PERAK).Kami b'tolak dalam pukul 12.20 tengahari.Nak dijadikan cerita, ktorg berhenti di sebuah masjid dekat Bota sebab ayah ngan adik lelaki aku nak solat jumaat.Jadi,ktorg yang lain ni tunggu la dalam kereta.Masa tengah tunggu tu macam-macam perkara yang aku nampak.Pertama, waktu imam baca khutbah,ramai anak muda yang masih b'sembang (buat khutbah sendiri) dan hisap rokok di bawah pokok di luar kawasan masjid.Di satu sudut yang lain pula,ade pakcik-pakcik yang turut melakukan perkara yang sama.Bila dah iqamat baru la terhegeh-hegeh masuk masjid.Kedua, dah la masuk lmbt,ade pulak yang baru nak ambil wuduk.Ketiga,masa orang tengah solat ade dua orang remaja baru datang.Tapi waktu tu imam bagi salam.Diorg pon ape lagi,tak sempat matikan enjin motor terus pecut balik rumah.Akhir sekali,waktu baca doa.Selepas selesai imam bagi salam,ramai jemaah yang keluar.Maka,yang tinggal dalam masjid ade la beberapa kerat.

Sebagai seorang wanita Islam,aku rasa sangat kecewa sebab mereka terlalu mengambil mudah akan perkara wajib seperti solat jumaat.Aku harap tulisan ini dapat menyedarkan mereka yang leka.Sama-samalah kita perbaiki diri.


Sekian,wassalam.

No comments:

Post a Comment